Habis pantang, Anas mula lah aktif membesar. Satu masa tu, ternampak bekas merah di pipiya seakan ruam. Ruam susu ni, kata orang yang lebih arif. Mama pun rasa macam tu. Maka Mama pun cepat cepat ajak ayah ke farmasi, nak beli krim ruam susu.


Sapu beberapa kali, hilang, haaa kan ok tu, comel aje.


Eh, beberapa hari lepas tu, keluar lagi, tapi ada di kedua belah pipi pula. Alahai, bila cuba sapu, dah tak berkesan.


Teringat anak ke 2 dan ke 3 dulu. ECZEMA ! Macam nilah rupa nya dulu.

Masa tu, doktor suruh beli ezerra untuk mereka. Maka mama pun cari juga Ezerra untuk Anas. Beberapa hari guna elok.


Cuma susah juga hati ni, sebab tiap malam bila pukul 2, dia terjaga, menangis bagai tak mahu berhenti. Berterusan sampai pukul 5.30 pagi. Mama dan ayah puas juga, bacakan macam-macam, buat itu ini, tapi kami tak rasa pun yang Anas ni kena ganggu.


Tak lama lepas tu, berulang lagi ruam gatalnya dan makin cepat merebak. Mula keluar di tangan, kaki, perut, pipi, belakang leher dan kepala.


Ini wajah Anas pertama kali radang eczema, dirakamkan pada 24.11.2017

Maka mama pun carilah maklumat mengenai ekzema. Apa sebenarnya ekzema, bagaimana ia berlaku, bagaimana ia boleh diatasi atau diubati, segala berkaitan dengan eczema mama cari.

Rupanya, radang ekzema memang menyerang di waktu awal pagi hingga hampir terbit fajar. Selepas itu, dia akan tidur nyenyak sehingga lebih kurang 9 hingga 10 pagi.

Mama dah tahu ini Ekzema. Tapi Mama tak pernah menghadapi situasi ekzema seperti Anas. Makin hari, makin teruk kulit Anas.

Menangis merengek tak henti. Asyik nak berdokong, tak nak berenggang langsung dengan mama.

Mama makin buntu. Mama jadi stress sangat. Merintih di dalam hati walau cuba terlihat ok dari luar.

Ya Allah tunjukkanlah kami jalan !