Kehadirannya dalam keluarga tidak di duga.

Malah mama seakan di kecam oleh orang-orang terdekat kerana hamil buat kali ke 7. Stress agak teruk sepanjang kehamilan.

Pernah mengharap, bila bangun tidur, tiada anak lagi dalam kandungan.
Pernah mengharap, bila berlari kuat, kandungan akan keguguran.
Pernah mengharap, terjatuh di bilik mandi untuk risikokan kandungan.
Pernah mengharap, itu semua bukanlah kenyataan.

Namun, mama sedar, bahawa anak itu  adalah anugerah. Pasti ada hikmah besar yang Allah nak beri.

Mama belajar sabar dan mengawal emosi dengan bijak, walaupun tahap stress itu masih ada berbaki sehingga saat hendak melahirkan.

Pagi itu,8.9.2017, pukul 2 pagi, mula terasa air ketuban pecah. Sedangkan pukul 8.00 pagi sudah memang perlu hadir ke hospital untuk serah diri kerana ada GDM.

Mama ingat, nak tunggu aje sampai pagi, tapi air ketuban tak pulak berhenti keluar. Lalu mama kejutkan ayah, dan ayah pun bergegas bawa mama ke hospital. Tak rasa sakit langsung.

Masuk LR dari pukul 5.30 pagi, sampai ke pukul 10 tak rasa sakit apa pun. Jadi doktor arah masuk ubat drip.

Tak sakit juga, tambah lagi second round. dalam pukul 12 lebih baru mula rasa sakit, Pukul 1 tu lahirlah Anas, saat ayah tiada di sisi, kerana tunaikan kewajipan solat jumaat.

Bidan seronok sebab tak ada masalah. Alhamdulillah, mama pun suka sangat dapat seorang lagi hero. Hilang rasa stress, hilang rasa risau dan sebagainya.

Inilah si comel mama 2nd days of lives, 9.9.2017


Maka berpantang lah mama. Anas kena jaundice, biasalah, bila ada jaundice, maka ulang aliklah ke klinik, namun tiada apa yang serius. Anas prolonged jaundice tapi tak ada risiko besar. Cuma bacaan kuningnya lambat turun.

Selesai kuning, kami pun mulalah kehidupan yang bahagia. Mama masih berpantang macam biasa. Pantang sehingga 3 bulan. Memang makan sawi, makan ikan bakar, ikan parang aje sepanjang pantang tu.

Bila Anas kena Eczema ? akan mama ceritakan di entri berikutnya ya. Terima kasih yang sudi baca.